Adakah saya perlu bayar untuk mengikuti kursus ini?
Setakat ini, kursus kami dikendalikan secara percuma untuk semua peserta yang telah mendaftar untuk kursus ini.
Welcome to the new page of ISITI Sustainable Community MOOC
Setakat ini, kursus kami dikendalikan secara percuma untuk semua peserta yang telah mendaftar untuk kursus ini.
Anda boleh akses kursus ini melalui laman sesawang. Anda perlu mendaftar sebuah akaun dalam platform ini untuk mengakses semua bahan-bahan kursus.
Anda boleh menggunakan versi terkini Chrome, Firefox, Internet Explorer, Microsoft Edge atau Safari.
Narayanan Kulathuramaiyer merupakan ketua kumpulan untuk projek UNIMAS Competen-SEA dan juga pereka MOOCs yang diketuai oleh komuniti untuk UNIMAS.
Kee Man merupakan koordinator untuk UNIMAS MOOC dan dia adalah orang yang berkerjasama dengan pihak USM. Dia juga bertanggungjawab untuk menghasilkan inti untuk gambaran keseluruhan dan fasilitasi modul.
Johari Abdullah telah menjadi ahli perintis kursus Literasi ICT UNIMAS MOOC. Beliau adalah penasihat teknikal dan juga bertanggungjawab untuk modul Media Sosial.
Poline Bala telah menjadi jurutera pengetahuan dan pakar domain untuk MOOCs yang diketuai oleh masyarakat. Beliau juga telah membangunkan papan cerita untuk modul pembelajaran Nuba Laya, Threading Beads dan Keselamatan Makanan.
Sina Rang adalah seorang penatua masyarakat di Bario, dan merupakan salah satu pakar tempatan dalam seni manik. Pengetahuan beliau tentang sejarah, kepentingan dan tradisi berkaitan dengan manik-manik dan masyarakat Kelabit sangat luas, menjadikannya pemimpin masyarakat yang berharga dan pelatih program MOOC ini.